Pulau Indah, 29 OKT 24 - MESYUARAT KE-16 JAWATANKUASA TEKNIKAL MARIN MyGDI (JTMM) ) telah berlangsung di National Hydrographic Centre. Mesyuarat tahunan yang dipengerusikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan melibatkan kehadiran seramai 33 wakil daripada 20 kementerian/ jabatan/ agensi berserta Government Linked Companies (GLC) yang menganggotai JTMM. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengemaskini status perkongsian, pengurusan, penyimpanan, penggunaan dan pelepasan data marin melalui kerjasama di kalangan keanggotaan JTMM untuk menyokong pembangunan Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). Kolaborasi perkongsian data marin ini merupakan satu kekuatan yang perlu diteruskan serta dikekalkan dalam pembangunan MyGDI yang lebih komprehensif, menyeluruh dan sistematik. PHN mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua perwakilan JTMM yang hadir.






Pulau Indah, 29 Okt 2024 - MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI di antara Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said dan Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.






Pulau Indah, 22 Okt 2024 - COURTESY CALL on Director General of National Hydrographic Centre, Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan by Indonesian Naval Defence Attache, Marine Colonel (P) Mochamad Andri Wahyu Sudrajat and the new Indonesian Naval Defence Attache, Marine Colonel Kusno Eko Haryanto.




Pulau Indah, 22 Okt 2024 - AUDIT DALAMAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) dan AUDIT KESIAPSIAGAAN KD SULTAN ABDUL AZIZ SAHAH (KD SAAS) telah dilaksanakan pada 14 - 18 Okt 24 berpandukan format Protokol Audit TLDM. Audit yang dilaksanakan ini menfokuskan kepada aspek pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan, serta bertujuan mempersiapkan National Hydrographic Centre bagi menghadapi Audit Kesiapsiagaan (AK) PHN pada tahun hadapan. Taklimat Penutup Audit telah dipengerusikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada 21 Okt 24 bersama-sama Ketua Jabatan bagi mengenal pasti ketidakpatuhan prosedur, mengesahkan kesiapsiagaan markas berpandukan elemen komponen yang telah diaudit bagi tujuan penambahbaikan.






xx











