|

Malay English

MESYUARAT PENGURUSAN SISTEM KUALITI (MPSK) PENGGAL PERTAMA 2025

PULAU INDAH, 15 APRIL 2025 - MESYUARAT PENGURUSAN SISTEM KUALITI (MPSK) PENGGAL PERTAMA 2025. “Excellence begins with commitment”. Mesyuarat Pengurusan Sistem Kualiti (MPSK) Penggal Pertama Tahun 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Apr 25 jam 0930 bertempat di Bilik Mesyuarat Batimetri, Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksda Dato’ Hanafiah bin Hassan yang dihadiri oleh semua Ketua Jabatan dan staf utama yang berkaitan. Perbincangan strategik ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan SPK serta memastikan pematuhan secara berterusan terhadap standard MS ISO 9001:2015, khususnya sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Pensijilan Semula MS ISO pada 29 & 30 Apr 25. Komitmen terhadap kualiti adalah teras kecemerlangan organisasi.

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PANGLIMA SELAM DAN PEPERANGAN PERIUK API ( PANGSEPI)

PULAU INDAH, 14 APRIL 2025 - KUNJUNGAN HORMAT OLEH PANGLIMA SELAM DAN PEPERANGAN PERIUK API (PANGSEPI) .Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api (PANGSEPI), Laksamana Pertama Dr Tay Yap Leong menerima Kawalan Suku dan melaksanakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.

 

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

PULAU INDAH, 9 APRIL 2025 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 9 Apr 25. Seramai 11 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said dan Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

MAJLIS IFTAR, QIAMULLAIL & GEMPUR SUBUH PANGKALAN SIRI 1/25

PULAU INDAH, 20 Mac 2025-MAJLIS IFTAR, QIAMULLAIL & GEMPUR SUBUH PANGKALAN SIRI 1/25. Pangkalan TLDM Pulau Indah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Qiamullail & Gempur Subuh pada 19 dan 20 Mac 2024 (18 dan 19 Ramadan 1446H) bertempat di Wisma Laskar PTPI. Program ini dihadiri oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said, serta seluruh warga pangkalan. Objektif utama program adalah untuk memperkukuh ukhuwah di kalangan warga sambil menyemarakkan amalan Qiyam Ramadan sebagai persiapan awal pecutan terakhir memburu malam Lailatul Qadar di penghujung 10 hari terakhir Ramadan.

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 2

Mingguan 37

Bulanan 23

Keseluruhan 7698


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)