|

Malay English

MESYUARAT KE-38 SUB-COMMITTEE ON UNDERSEA FEATURE NAMES (SCUFN-38)

BALI,10-14 Nov 25- MESYUARAT KE-38 SUB-COMMITTEE ON UNDERSEA FEATURE NAMES (SCUFN-38) telah berlangsung di Hotel Bali Dynasty, Denpasar, Bali, Indonesia. Penganjuran mesyuarat tahunan ini telah diselaraskan oleh Kerajaan Indonesia melalui Pusat Hidro-Oseanografi Tentera Laut Indonesia (PUSHIDROSAL). Mesyuarat telah dihadiri oleh Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Hidrografi merangkap Vice-Chair SCUFN, bersama Lt Kdr Gs. Idzwan Naim bin Mohd Norwawi TLDM, Pegawai Staf Pengurusan Geospatial yang hadir sebagai pemerhati dan wakil Tim Teknikal Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Turut serta ialah Encik Khairul Azhar (Nik) bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara (MKN) selaku Ketua Delegasi Malaysia, disertai pegawai-pegawai daripada MKN, Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

  

PERBARISAN ULUNG DAN MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT FALSAFAH PEMERINTAHAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI (KPH) KE-8

PULAU INDAH,7 Nov 25- PERBARISAN ULUNG DAN MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT FALSAFAH PEMERINTAHAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI (KPH) KE-8. Pelantikan sebagai KPH ke-8 bukan sekadar satu penghormatan, tetapi amanah besar yang dipikul dengan penuh tanggungjawab. Seperti kapal yang berlayar di tengah samudera, PHN terus menempuh ombak cabaran dengan keyakinan, disiplin, dan semangat setiakawan. Dalam menyemarakkan iltizam kepimpinan baharu, KPH memperkenalkan Falsafah 365 PHN, satu falsafah yang bukan sekadar slogan, tetapi panduan nilai yang hidup sepanjang tahun. Ia mencerminkan semangat kepimpinan dan budaya kerja yang berterusan - 365 hari setahun, setiap hari, setiap masa, tanpa cuti bagi amanah dan tanggungjawab.

Angka 3, 6 dan 5 dalam Falsafah 365 PHN mempunyai maksud tersendiri.

A.R.C - 𝟑 𝐎𝐛𝐥𝐢𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐇𝐍 𝐏𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐏𝐇

B.E.A.C.O.N - 𝟔 𝐎𝐛𝐥𝐢𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐏𝐇 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐇𝐍 𝐏𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞

S.H.I.N.E - 𝟓 𝐎𝐛𝐥𝐢𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚

Falsafah ini bukan sekadar semboyan kata, tetapi manifesto kepimpinan berjiwa besar yang menyatukan seluruh warga PHN di bawah satu semangat untuk terus berlayar, bersinar dan menyuluh lautan.

  

 

  

  

 

 

SELAMAT BERSARA YANG BERBAHAGIA DATO’

PULAU INDAH,27 Okt 2025- Seluruh warga Pangkalan TLDM Pulau Indah mengucapkan Selamat Bersara dan Fair Winds and Following Seas kepada Yang Berbahagia Ketua Pengarah Hidrografi Ke-7, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Kami mendoakan Yang Berbahagia Dato’ sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T dan diberi kesihatan berpanjangan. Amin YRA.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KE-8

PULAU INDAH, 27 Okt 2025- MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KE-8  telah berlangsung dengan penuh istiadat di Wisma Laskar, Pusat Hidrografi Nasional.Majlis disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, yang turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) dan warga Pusat Hidrografi Nasional serta unit bawah naungan. Majlis dimulakan dengan Pemakaian Pangkat Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, yang telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda berkuat kuasa pada 26 Oktober 2025. Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas di antara Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, diikuti dengan penyerahan Nota Serah Terima Tugas serta upacara menaik dan menurunkan Insignia Pemerintah. Majlis turut diserikan dengan upacara penyerahan simbolik pemerintahan serta laungan ‘Start Of Line’ yang menandakan penyerahan rasmi tampuk kepimpinan kepada Ketua Pengarah Hidrografi yang baharu.Di penghujung majlis, seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional dan unit naungan berbaris dalam formasi ‘Street Lining’ sebagai tanda penghormatan terakhir kepada mantan Ketua Pengarah Hidrografi ke-7 yang berjalan melalui barisan warga sambil menerima lambaian dan salam perpisahan penuh hormat. Sekalung tahniah diucapkan kepada Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-8, serta setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan atas kepimpinan, jasa dan sumbangan cemerlang sepanjang menerajui Pusat Hidrografi Nasional.

 

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 2

Mingguan 37

Bulanan 23

Keseluruhan 7698


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)