|

Malay English

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA PANGKALAN TLDM PULAU INDAH

PULAU INDAH, 4 DIS 2025- MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA PANGKALAN TLDM PULAU INDAH. Majlis pemakaian pangkat bagi Pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 4 Dis 25. Seramai seorang pegawai dan 7 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said dan diiringi oleh Pengarah Geospatial Kdr Azrul Nezam bin Asri TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota dan pegawai yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

 

KUNJUNGAN HORMAT LAWATAN KERJA & PERBINCANGAN KERJASAMA DUA HALA ANTARA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) DAN JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SARAWAK (JLMWS

PULAU INDAH, 3 DIS 25- KUNJUNGAN HORMAT LAWATAN KERJA & PERBINCANGAN KERJASAMA DUA HALA ANTARA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) DAN JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SARAWAK (JLMWS). Yang Berusaha Encik Bianus bin Muyou, Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, bersama delegasi telah melakukan Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja ke Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Kehadiran delegasi disambut dalam suasana mesra dan harmoni oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, bersama barisan Pegawai Kanan PHN. Kunjungan ini membuka ruang yang lebih kukuh bagi mempererat hubungan kerja di antara PHN dan JLMWS. Melalui sesi Perbincangan Kerjasama Dua Hala, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan secara konstruktif mengenai pengurusan pencartaan, perkongsian data hidrografi, serta bidang kerjasama strategik yang dapat diperkasakan demi manfaat bersama. Perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah dan kesefahaman ini turut menegaskan komitmen bersama untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama, meningkatkan sinergi operasi, serta memastikan keselamatan pelayaran dan perkhidmatan hidrografi negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

AUDIT KESIAPSIAGAAN (AK) PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) 2025

PULAU INDAH, 28 NOV 25- AUDIT KESIAPSIAGAAN (AK) PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) 2025 telah berlangsung secara hibrid bersama-sama KD SAAS bermula 24 hingga 28 November 2025. AKPHN 2025 ini diterajui oleh Bahagian Inspektorat Jeneral, Markas Tentera Laut. AKPHN 2025 ini merangkumi penilaian menyeluruh meliputi audit protokol baharu dalam aspek pengurusan, keupayaan penyampaian tugas teras, tadbir urus organisasi, kesiapsiagaan anggota serta tahap kepuasan warga. AKPHN 2025 melabuhkan tirainya hari ini dengan pencapaian 88.13% dengan penarafan 4 Bintang (Baik). Pencapaian ini menzahirkan pengiktirafan terhadap keupayaan PHN dan KD SAAS mengekalkan standard operasi yang tinggi. Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga PHN dan KD SAAS atas semangat berpasukan, disiplin serta komitmen berterusan yang dizahirkan sepanjang pelaksanaan audit ini. Semoga kecemerlangan ini terus diperkukuh, menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan kesiapsiagaan organisasi pada masa hadapan. Lets SHINE

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KEPADA PANGLIMA TENTERA LAUT DAN TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT

MINDEF, 26 NOV 25- KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KEPADA PANGLIMA TENTERA LAUT DAN TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT. Ketua Pengarah Hidrografi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Laut dan Timbalan Panglima Tentera Laut bagi menzahirkan penghargaan di samping membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pembangunan dan hala tuju hidrografi negara. Pertemuan ini memberi ruang untuk Ketua Pengarah Hidrografi mengemukakan perkembangan berkaitan status Rang Undang-Undang (RUU) Hidrografi yang juga merupakan punca kuasa Pusat Hidrografi Nasional (PHN), hala tuju strategik serta cabaran operasi yang sedang dan akan dihadapi oleh organisasi. Panglima Tentera Laut dan Timbalan Panglima Tentera Laut turut berkongsi pengalaman berharga mereka serta memberikan pandangan mendalam dalam aspek kepimpinan, pengurusan strategik dan pengukuhan peranan hidrografi dalam keselamatan maritim negara. PHN kekal komited untuk melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan kesepaduan bagi menyokong kesiapsiagaan maritim negara serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam komuniti hidrografi antarabangsa.

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 2

Mingguan 37

Bulanan 23

Keseluruhan 7698


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)