PULAU INDAH. 19 DIS 2025- SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) KE-19. KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) telah meraikan ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง (๐๐๐) ๐ค๐-๐๐ pada ๐๐ ๐๐ข๐ฌ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ dengan penuh semangat, kebersamaan dan rasa kesyukuran.Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena sambutan ini, antaranya ๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ฆ๐๐๐ค ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ญ๐ ๐๐๐๐ข๐ฅ, ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐๐ก, ๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐ ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐๐ฅ ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ ๐๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ yang merangkumi acara ๐๐๐ซ๐ข๐ค ๐๐๐ฅ๐ข, ๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ, ๐๐๐๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐จ๐ง ๐๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ง๐ . Turut diadakan ialah ๐๐๐ซ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ก๐๐ฌ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ค๐-๐๐ serta ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐จ๐ก๐๐ง๐ข๐๐ง yang melibatkan Majlis Doa Selamat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Bicara Ilmu, sebagai tanda kesyukuran serta usaha memperkukuh nilai spiritual dan kebersamaan warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI). Kemuncak sambutan adalah Majlis Makan Malam Sempena HUT KDSAAS ke-19, yang menyaksikan penyampaian hadiah dan piala pusingan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, dan diiringi oleh Pegawai Memerintah KDSAAS, Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM. Tahniah diucapkan kepada Wisma Indah dan Wisma Laskar, Juara Keseluruhan Bersama Tahun 2025 Karnival Sukan Tiga Penjuru Sempena HUT KDSAAS ke-19. Selamat Hari Ulang Tahun ke-19 KDSAAS!


PULAU INDAH, 18 DIS 25- Delegasi UTM telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said sebelum berbincang panjang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Program Hidrografi UTM Bilangan 1/2025. Mesyuarat ini telah membuka ruang perbincangan strategik dan perancangan hala tuju untuk memperkukuh kerjasama akademik antara UTM dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN), khususnya dalam bidang pengajian hidrografi melalui pembangunan kurikulum, kursus professional dan penyelidikan bersama. PHN komited dalam mendukung kerjasama akademik yang bakal memperkukuhkan ekosistem pembangunan modal insan hidrografi.ย Sokongan ini juga seiring dengan aspirasi UTM untuk menubuhkan ๐ถ๐๐๐ก๐๐ ๐๐ ๐ธ๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ป๐ฆ๐๐๐๐๐๐๐โ๐๐ ๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฆ. Penubuhan institusi ini dijangka dapat menyediakan tenaga pakar mahir hidrografi yang berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa.

PULAU INDAH, 18 DIS 2025- KUNJUNGAN HORMAT MyNHA KEPADA KETUA PENGARAH HIDROGRAFI. Komander Hj. Mohd Rashdan bin Yunus (Bersara) bersama delegasi National Hydrographic Association (MyNHA) telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Hidrografi Nasional, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said pada 18 Disember 2025. Pertemuan ini telah memberi ruang kepada kedua-dua pihak membincangkan hal ehwal semasa, berkongsi pandangan dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang hidrografi dan keselamatan maritim negara, selaras dengan keperluan serta aspirasi pembangunan hidrografi nasional. Diharapkan jalinan kerjasama yang terpelihara ini akan terus diperkasa ke arah menyokong kesiapsiagaan operasi, pembangunan kepakaran serta memperkukuh peranan hidrografi dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terjamin.

KUALA LUMPUR, 12 DIS 2025- KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KEPADA KETUA PENGARAH JUPEM. Ketua Pengarah Hidrografi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah JUPEM, YBhg Datoโ LSr Hazri bin Hassan bagi menzahirkan penghargaan atas hubungan kerja yang kukuh antara PHN dan JUPEM di samping membincangkan potensi kolaborasi strategik masa hadapan. Pertemuan ini memberi ruang Ketua Pengarah Hidrografi mengemukakan cadangan untuk menghadiri mesyuarat teknikal yang melibatkan data geospatial di peringkat antarabangsa secara bersama dalam mewakili Kerajaan Malaysia. Di samping itu, pertemuan ini juga membincangkan potensi kerjasama PHN - JUPEM untuk kajian mewujudkan _national single chart datum_. PHN kekal komited untuk meneruskan dan mengukuhkan kerjasama strategik PHN-JUPEM bagi menyokong keperluan negara dalam aspek geospatial dan keselamatan maritim.



xx











