PULAU INDAH, 9 APRIL 2025 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 9 Apr 25. Seramai 11 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said dan Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.
PULAU INDAH, 20 Mac 2025-MAJLIS IFTAR, QIAMULLAIL & GEMPUR SUBUH PANGKALAN SIRI 1/25. Pangkalan TLDM Pulau Indah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Qiamullail & Gempur Subuh pada 19 dan 20 Mac 2024 (18 dan 19 Ramadan 1446H) bertempat di Wisma Laskar PTPI. Program ini dihadiri oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said, serta seluruh warga pangkalan. Objektif utama program adalah untuk memperkukuh ukhuwah di kalangan warga sambil menyemarakkan amalan Qiyam Ramadan sebagai persiapan awal pecutan terakhir memburu malam Lailatul Qadar di penghujung 10 hari terakhir Ramadan.
PULAU INDAH, 19 Mac 2025- KUNJUNGAN HORMAT OLEH DEPUTY DIRECTOR OF THE INTERNATIONAL STRATEGY DIVISION, ADMINISTRATION DEPARTMENT, JAPAN COAST GUARD KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI. Kunjungan hormat oleh Cdr Issei Nishimura ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.
PULAU INDAH, 10 MAC 2025- LAWATAN TAPAK ANUGERAH MARKAS TERBAIK (AMT) 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Tim Bahagian Inspektorat Jeneral (BIJ) Markas Tentera Laut pada 10 Mac 25 bertempat di Pusat Hidrografi Nasional. Kunjungan Tim BIJ diketuai Timbalan Inspektor Jeneral, Laksamana Pertama Rosli bin Abd Ghani, manakala wakil PHN diketuai Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr Najhan bin Md Said, Pengarah Geospatial, Pegawai Memerintah KD SAAS, Ketua Jabatan, Wakil Seksyen serta Tim Pengurusan Prestasi & Integriti PHN. Timbalan IJ menerima Kawalan Suku dan seterusnya mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Secara keseluruhan, lawatan tapak AMT 25 telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 3 Kriteria dan 10 Sub Kriteria yang dinilai. Tahniah dan Syabas kepada Seluruh Tim PHN.