PULAU INDAH, 27 Okt 2025- TAHNIAH! LAKSAMANA MUDA DR. NAJHAN BIN MD SAID. Warga Pangkalan TLDM Pulau Indah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Ketua Pengarah Hidrografi ke-8.

KAJANG, 25 Okt 2025- MAJLIS MAKAN MALAM APRERIASI KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KE-7. Majlis Makan Malam Apresiasi Ketua Pengarah Hidrografi Ke-7 sebagai tanda penghargaan atas jasa dan kepimpinan YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Bertemakan “Layari Bahtera Kenangan, Sulami Samudera Penghargaan”, majlis ini berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan penghargaan, menghimpunkan lebih 156 tetamu terdiri daripada Mantan KP , Pegawai-pegawai Hidrografi dan PTPI, veteran hidrografi dan kalangan jemputan khas bersama pasangan serta ahli keluarga.Majlis dimulakan dengan ketibaan YBhg Dato’ dan YBhg Datin melalui laluan simbolik Footprint of Leadership yang memaparkan perjalanan kerjaya serta legasi kepimpinan beliau di PHN. Seterusnya, tetamu disajikan dengan atur cara penuh makna yang menzahirkan rasa hormat dan penghargaan terhadap sumbangan beliau kepada institusi hidrografi negara.Ucapan apresiasi daripada Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi yang sarat dengan konten penghargaan dan disulami adunan gurauan serta kejutan telah menyemarakkan lagi pengisian majlis. Atur cara rasmi diakhiri dengan penyampaian ucapan balas penuh emosi dan harapan oleh YBhg Dato’ menjadi antara detik berharga yang menyentuh hati para hadirin.Sebagai penutup, semua tetamu yang hadir membentuk barisan penghormatan untuk berjabat salam dengan YBhg Dato’ dan YBhg Datin — simbol penghargaan dan perpisahan penuh hormat. Majlis ini bukan sekadar acara rasmi, tetapi satu pelayaran emosi yang menyulam kenangan, persahabatan dan penghormatan terhadap kepimpinan yang telah banyak berjasa kepada Pusat Hidrografi Nasional.


PULAU INDAH, 24 Okt 2025- PEBARISAN PENGHARGAAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI (KPH) KE-7 telah dilaksanakan di Padang Kawad KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS). Upacara ini disertai oleh warga TLDM dari Pusat Hidrografi Nasional (PHN), KDSAAS, KD PERANTAU, Sekolah Pengajian Hidrografi, KD PELANDOK, serta Sel Hidrografi Sandakan dengan formasi perbarisan terdiri daripada dua divisyen melibatkan enam platun yang mewakili semua unit berkenaan. Perbarisan ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, KPH ke-7, atas jasa bakti dan komitmen beliau dalam memimpin warga hidrografi serta mengharumkan nama PHN di peringkat antarabangsa.


PULAU INDAH, 24 Okt 2025- MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT. Sempena Pengunduran Ketua Pengarah Hidrografi ke-7, YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin HassanMajlis penuh kesyukuran ini telah dilaksanakan pada 23 Okt 25 bagi menzahirkan rasa penghargaan atas kepimpinan dan jasa bakti YBhg Dato’ sepanjang menerajui Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Turut hadir memeriahkan majlis, Datin Norhayati binti Abdullah, isteri kepada YBhg. Dato’, Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said dan isteri, serta barisan pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan warga PHN. Dalam majlis penuh keberkatan ini, turut dipanjatkan doa agar segala program dan aktiviti yang bakal dianjurkan dalam rangka program pengunduran YBhg. Dato’ berjalan dengan lancar, diberkati Allah SWT, serta dipermudahkan dari awal hingga akhir. Semoga YBhg. Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan & Datin sentiasa dikurnia rahmat, nikmat kesihatan, dan dalam dakapan kasih sayang Allah SWT, serta terus menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga PHN.




xx











