PUTRAJAYA, 19 Okt 2025- JOY TOGETHER, HAPPINESS FOREVER .Tema sambutan Hari Keluarga Pusat Hidrografi Nasional (HK PHN) tahun 2025 yang berlangsung meriah di Taman Botani Putrajaya telah mencerminkan semangat dan kegembiraan warga PHN bersama keluarga tersayang. HK PHN ini telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran warga bersama ahli keluarga masing-masing serta turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan isteri, Datin Nor Hayati binti Abdullah. Aktiviti dimulakan dengan upacara perasmian yang disusuli dengan gimik pelancaran majlis melepaskan belon ke udara. HK PHN 2025 turut diisi dengan aktiviti senamrobik dan 𝑏𝑟𝑖𝑠𝑘 𝑤𝑎𝑙𝑘 sejauh 2.4 kilometer, di mana para peserta berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi serta pelbagai spesies tumbuhan yang terdapat di Taman Botani Putrajaya. Bagi menambah kemeriahan, aktiviti sukaneka turut disediakan seperti isi air dalam botol, jalan atas bata, corong ajaib, biskut leleh, lari kepit belon, kaki gajah dan musang berjanggut. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi setiap aktiviti dan kepada Jawatankuasa Penganjur HK PHN 2025.


KUALA LUMPUR, 17 Sep 2025- MALAYSIA AT THE 15TH EAHC CONFERENCE & MSS ENC MEETING. Malaysia at the 15th EAHC Conference & MSS ENC Meeting from 17 September 2025 in Jakarta, Malaysia, led by the Chief Hydrographer Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan.


PULAU INDAH, 12 Sep 25 - MAJLIS PENURUNAN INSIGNIA PEGAWAI WAREN MARKAS (PWM) PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini. Majlis ini diadakan sebagai simbolik penghargaan terhadap jasa dan bakti PWM PHN, PW I PRL Irwan Fairoz bin Mat Ariff sepanjang berkhidmat di PHN. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin berwibawa yang sentiasa komited serta menjadi contoh teladan kepada seluruh warga PHN.Mantan PWM PHN ini bakal melapor ke Jabatan Arah Rekod dan Pencen pada 23 September 2025 sebelum secara rasmi menamatkan perkhidmatan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 28 Oktober 2025. Pihak Pusat Hidrografi Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas segala sumbangan, jasa bakti dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga beliau terus diberikan kesejahteraan dan kejayaan dalam kehidupan selepas persaraan.


PULAU INDAH, 28 Jul 2025 - MAJLIS APRESIASI BAGI MERAIKAN PEMENANG ANUGERAH KUALITI PENGGAL PERTAMA 2025 DAN PEMENANG PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HORIZON BAHARU TAHUN 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan pada 28 Julai 2025 bertempat di Auditorium PHN, Pulau Indah. Penyampaian sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, dengan diiringi oleh Pengarah Geospatial, Komander Azrul Nezam bin Asri TLDM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Semoga pencapaian ini menjadi dorongan untuk warga PHN dalam meneruskan kecemerlangan organisasi melalui pemikiran inovasi dan dedikasi kerja berterusan.




xx











