PULAU INDAH, 13 Mac 2026- PENYERAHAN BUNGKUSAN RAYA. Program Penyerahan Bungkusan Raya telah dilaksanakan di Wisma Laskar sebagai inisiatif kebajikan dan tanda penghargaan kepada warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) yang akan bertugas pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Pertama. Majlis ini juga memberi ruang kepada seluruh warga untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya antara satu sama lain, sebelum sebahagian daripada mereka mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Setiap warga menerima bingkisan raya yang disediakan secara bersama oleh HELWA, BAKAT Laut dan warga PTPI. Antaranya dodol, bubur lambuk dan kuih raya sebagai simbol keprihatinan serta sokongan moral kepada anggota dan warga kerja yang terus melaksanakan tanggungjawab semasa perayaan. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, turut hadir dan menyampaikan amanat kepada warga PTPI. Semoga setiao kesilapan sesama kita dimaafkan dan segala jurang dirapatkan.
PULAU INDAH, 12 Mac 2026- PROGRAM MENGACAU DODOL. Bagi warga Pangkalan TLDM Pulau Indah, kemeriahan Aidilfitri seakan belum sempurna tanpa Dodol PTPI, juadah tradisi yang bukan sahaja enak dinikmati, malah melambangkan semangat kebersamaan ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐ฐ๐๐ซ๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฐ๐๐ซ๐ ๐. Seiring tradisi yang diteruskan saban tahun, proses memasak dodol dimulakan selepas solat tarawih bersempena Majlis Berbuka Pangkalan. Warga pangkalan berganding bahu mengacau dodol secara bergilir, dalam suasana yang tertib dan harmoni. Komitmen serta kesepakatan yang ditunjukkan menjadikan program ini lebih bermakna dan meriah. Program ini bukan sekadar penyediaan dodol untuk menyambut Syawal, malah telah menjadi wadah untuk memupuk ukhuwah, menyemai nilai kerjasama, serta memperkukuh semangat kekitaan di kalangan warga PTPI. Semoga tradisi ini terus dipelihara dan menjadi asbab keberkatan, di samping mengeratkan lagi silaturahim seluruh warga pangkalan.
PULAU INDAH,12 Mac 2026- MAJLIS BERBUKA PUASA PANGKALAN TLDM PULAU INDAH 2026.ย Ada momen yang tidak perlu bicara, cukup dengan hadir bersama dan hati akan terasa dekat. Malam ini, Wisma Laskar menjadi saksi sebuah kebersamaan yang sederhana, namun kuat maknanya.ย Tahun ini, hitam dan putih dipilih sebagai tema. Warga PTPI tampil kemas dalam dua warna yang mengingatkan kita kepada suasana di Tanah Suci Haramain, simbol kesatuan, tertib dan hati yang sama-sama kembali mencari reda-Nya.ย Saat azan Maghrib berkumandang, bukan sekadar juadah yang dinikmati. Yang lebih berharga ialah silaturahim yang disambung, senyuman yang bertukar, dan rasa ๐ค๐ข๐ญ๐ yang diperkukuhkan, sebagai satu keluarga pangkalan yang berkongsi amanah, rutin dan perjuangan yang sama.ย Semoga majlis ini meninggalkan lebih daripada kenangan. Moga ia menjadi titik tambah ukhuwah, menguatkan semangat kebersamaan dan membawa rahmat serta keberkatan buat seluruh warga PTPI.
ย
ย
Pulau Indah, 12 Mac 2026- MAJLIS KHATAM AL-QURAN. Ramadan hadir sebagai bulan Al-Quran, bulan yang mengajak kita bukan sekadar membaca, tetapi mendekatkan diri kepada kalam-Nya. Bermula 19 Februari 2026, Program Tadarus telah menyatukan suara 5 orang pegawai dan 51 orang anggota Lain-Lain Pangkat, mengalunkan bacaan ayat-ayat suci dengan penuh tertib dan penghayatan sehingga sempurna 30 juzuk. Majlis Khatam Al-Quran ini bukan sekadar penutup kepada sebuah program, ia adalah tanda syukur atas istiqamah yang telah dipupuk sepanjang bulan yang mulia ini dan peringatan buat kita semua:๐จ๐-๐ธ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐. Mudah-mudahan, setiap huruf yang dibaca menjadi saksi amalan, setiap ayat yang diulang menjadi penenang jiwa dan setiap penghayatan menjadi keberkatan untuk kita semua. Insya-Allah, semoga hubungan kita dengan Al-Quran terus terpelihara walaupun Ramadan bakal berlalu.
ย
ย
ย


xx











