PULAU INDAH,23 JAN 2026- MEMPERKUKUH JARINGAN STRATEGIK: PHN & MPM PETRONAS PACU KECEMERLANGAN DATA MARITIM NEGARA. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysia Petroleum Management (MPM) PETRONAS, menandakan satu lagi inisiatif penting di dalam memperkukuhkan kerjasama strategik yang telah lama terjalin demi kepentingan industri petroleum dan keselamatan maritim negara. Delegasi MPM PETRONAS, yang diketuai oleh Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Hidrokarbon Bersepadu, En. Rahizan bin Ahmad telah disambut oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said. Kunjungan ini bukan sekadar mengeratkan hubungan sedia ada, tetapi untuk memperkukuh komitmen bersama dalam aspek perkongsian data hidrografi dan geospatial marin yang amat kritikal bagi menyokong keperluan industri serta kepentingan strategik negara. Kerjasama strategik ini memfokuskan kepada tiga teras utama yang menjadi tunjang kepada pembangunan maritim negara: perkongsian data geospatial marin, kerjasama untuk kepentingan strategik negara dan penyelarasan aspek teknikal serta kepakaran.Β PHN sebagai pusat rujukan hidrografi nasional, komited untuk terus memperkasa jalinan ini melalui perkongsian kepakaran, penyelarasan teknikal dan sokongan berterusan dalam pengurusan data. PHN juga akan terus meneroka peluang kerjasama baharu bersama MPM PETRONAS ke arah pelaksanaan pengukuran hidrografi yang lebih berkesan, tepat dan menyeluruh.
Download AQPSN9Pqv_y6zNlbFzgBhFKRMiuGkWOwbL33BVvspjcNsLs4harFlmjWB5VYgmIAschmeCjN0XuczcwEzqTIA9ti
Β
PULAU INDAH, 23 JAN 2026- MEMPERKUKUH KEUPAYAAN HIDROGRAFI SERANTAU: TLDM & TLP JALIN KERJASAMA STRATEGIK. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah berjaya menganjurkan π»π¦πππππππβππ πΈπ₯πβππππ πππππππππ (HEP) melibatkan kerjasama strategik di antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Pakistan (TLP) mulai 20 hingga 21 Januari 2026. Program ini merupakan kesinambungan kerjasama erat di bawah inisiatif πππ£π¦ π‘π πππ£π¦ πππππ (N2NT) TLDMβTLP yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan profesional dan strategik yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua tentera laut. Program berprestij ini telah menyaksikan kehadiran dua pegawai kanan berkepakaran hidrografi TLP, iaitu Captain Zahoor Khan dari _Pakistan Naval Headquarters_ dan Commander Ali Akram dari πππ‘πππππ π»π¦πππππππβππ ππππππ πππππ π‘ππ (NHOP). Penasihat pertahanan Suruhanjaya Tinggi Pakistan, Commodore Javed Iqbal Khan Niazi turut hadir sebagai pemerhati. HEP telah dimulakan dengan sesi perbincangan kerjasama dua hala di antara PHN dan NHOP yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksamana Pertama Ts. Gs. Lukman Hanafiah bin Azamar Omar. Sesi ini berjaya mencapai beberapa resolusi positif di dalam meneroka peluang dan memperkukuhkan potensi kerjasama hidrografi di antara kedua-dua institusi.Β Sepanjang program ini berlangsung, delegasi TLP telah berpeluang mengadakan lawatan ke Bangunan Geospatial PHN dan KD PERANTAU. Selain itu, delegasi TLP juga turut mengadakan lawatan ke Vessel Traffic Service (VTS) Klang dan Bahagian Geomatik, PETRONAS. Sebagai kemuncak program dan tanda penghargaan, kedua-dua tetamu negara telah diraikan di dalam majlis makan malam yang telah dihoskan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said.Β Kejayaan penganjuran HEP ini jelas mencerminkan komitmen berterusan PHN, sebagai organisasi strategik TLDM di dalam memperkukuhkan hubungan dua hala dan jaringan kerjasama profesional di peringkat antarabangsa melalui πππ£ππ πππππππππ¦.
PULAU INDAH, 19 JAN 2026- ADMIRAL ON DECK PHN. Program Admiral On Deck bersama Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said telah dilaksanakan khusus untuk Bintara dan Laskar Kanan ke bawah, sebagai platform komunikasi dua hala yang lebih dekat, terbuka serta konstruktif bersama warga Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Melalui sesi perkongsian hala tuju organisasi, penyampaian dasar serta dialog terbuka, program ini berperanan memperkukuh kefahaman, menyemai kebersamaan dan mempertingkatkan komitmen seluruh PHNPeople dalam menyokong pelaksanaan misi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta inisiatif 365 PHN. Inisiatif ini mencerminkan pendekatan kepimpinan PHN yang inklusif dan berorientasikan insan, selaras dengan aspirasi membina budaya kerja organisasi yang profesional, berdaya tahan dan berprestasi tinggi.


PULAU INDAH, 16 JAN 2026- CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ & BACAAN DOA AWAL TAHUN MASIHI 2026 Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa agung, tetapi madrasah jiwa, mengajar erti bangkit, bertahan dan kembali kuat selepas menerima ujian. Ceramah Khas Israk Mikraj & Psikologi Ketahanan Diri (Resilience) yang berlangsung pada 16 Januari 2026 | 26 Rejab 1447H di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional menyatukan wahyu dan psikologi, menghubungkan langit dengan realiti kehidupan masa kini. Disampaikan dengan penuh hikmah oleh Kol Ahmad Kamil bin Abdullah, Pengarah Agama Markas Tentera Laut merangkap Kaunselor ATM dan Kaunselor Berdaftar Persatuan Kaunselor-kaunselor Malaysia (PERKAMA) - menyentuh akal, menenangkan jiwa dan menguatkan daya tahan diri. Majlis ilmu ini diserikan lagi dengan kehadiran Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Hidrografi & Laksamana Pertama Ts. Gs. Lukman Hanafiah bin Azamar Omar @ Ahmad Badaruddin, Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi serta 100 pegawai kanan termasuk warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI). Program ilmu ini diakhiri dengan Bacaan Doa yang dipimpin sendiri oleh Pengarah Agama Mk Tentera Laut. Semoga langkah yang diatur, tugas yang digalas dan ujian yang bakal ditempuhi sepanjang tahun ini sentiasa dipayungi rahmat, kekuatan dan mauβnah dari sisi Allah SWT.

Β


xx











