|

Malay English

MAJLIS PENUTUP DAN GRADUASI KURSUS HYDROGRAPHIC SURVEYING PROGRAMME I ( UTM HYDRO I ) FIG/ IHO/ ICA CATEGORY B 2025

JOHOR, 13 JAN 2026- MAJLIS PENUTUP DAN GRADUASI KURSUS HYDROGRAPHIC SURVEYING PROGRAMME I ( UTM HYDRO I ) FIG/ IHO/ ICA CATEGORY B 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Januari 2026 bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor. Kursus ini telah dilaksanakan bermula 23 Jun 2025 hingga 9 Januari 2026 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hasil kerjasama strategik antara UTM dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Program ini dirangka bagi melahirkan ahli hidrografi yang berkaliber dan kompeten, selaras dengan piawaian antarabangsa FIG/IHO/ICA, serta memenuhi keperluan keselamatan pelayaran dan pembangunan maritim negara. Majlis penutup dan graduasi kursus tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksamana Muda Dr. Najhan Md Said. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa program UTM HYDRO I merupakan platform penting dalam pembangunan modal insan hidrografi negara melalui gabungan pengisian teori dan praktikal yang disampaikan oleh tenaga pengajar serta pakar daripada UTM, PHN dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan program ini menepati standard dan pengiktirafan antarabangsa. Seramai 10 orang peserta daripada TLDM, Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL), Jabatan Laut Malaysia serta sektor industri maritim telah berjaya menamatkan kursus ini, sekali gus mencerminkan peranan UTM HYDRO I sebagai platform pembangunan profesional hidrografi di peringkat nasional dan antarabangsa. Anugerah kecemerlangan telah disampaikan kepada:

Best Student Award – Lt Dya Wan Muhammad Eqbal Amiruddin bin Wan Jusoh TLDM

Best Academic Performance Award – Lt Dya Muhammad Ezraf bin Aziz TLDM & Ramesh A/L Mahendiran (Industri Maritim)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin dan pencapaian cemerlang sepanjang tempoh kursus. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh keupayaan hidrografi negara serta menyokong peranan PHN sebagai peneraju hidrografi nasional.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KEPADA KETUA PENGARAH LAUT MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 12 JAN 2025- KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KEPADA KETUA PENGARAH LAUT MALAYSIA. YBhg. Datuk Haji Dickson bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Ibu Pejabat Laut, Menara Dius Api, Pelabuhan Klang. Sesi kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara JLM dan PHN, khususnya dalam aspek kerjasama strategik, penyelarasan peranan serta kesaksamaan pelaksanaan fungsi masing-masing. Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada perancangan dan inisiatif kerjasama pada masa hadapan demi menyokong keselamatan pelayaran dan kepentingan maritim negara.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA PANGKALAN TLDM PULAU INDAH

PULAU INDAH, 7 JAN 2025- MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA PANGKALAN TLDM PULAU INDAH. Majlis pemakaian pangkat bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 7 Jan 26. Seramai 8 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said.Ketua Pengarah Hidrografi mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat dan menggalakkan agar nikmat momen sukses ini dapat sama-sama dikongsi bersama isteri yang sentiasa menyokong kerjaya. Ketua Pengarah juga mengulas kisah motivasi Betty Robinson bersempena cabaran mendatang tahun 2026.𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 diucapkan kepada kesemua anggota dan pegawai yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

DROGGIES HOMECOMING 2025

PULAU INDAH, 20 DIS 2025- DROGGIES HOMECOMING 2025. 𝐷𝑟𝑜𝑔𝑔𝑖𝑒𝑠 𝐻𝑜𝑚𝑒𝑐𝑜𝑚𝑖𝑛𝑔 2025 telah menghimpunkan seramai 𝟔𝟑 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐯𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢, terdiri daripada 𝟐𝟒 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐯𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 dan 𝟑𝟗 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐯𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐋𝐏 sebagai simbol penghargaan dan 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐯𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢 serta manifestasi kesinambungan legasi komuniti hidrografi negara. Dalam ucapannya, 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢, 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐫. 𝐍𝐚𝐣𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐒𝐚𝐢𝐝 menegaskan bahawa 𝐷𝑟𝑜𝑔𝑔𝑖𝑒𝑠 𝐻𝑜𝑚𝑒𝑐𝑜𝑚𝑖𝑛𝑔 bukan sekadar pertemuan semula, malah merupakan “𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐢𝐰𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮” yang menghubungkan pengalaman lampau dengan amanah serta tanggungjawab masa hadapan. Beliau turut menekankan nilai pengalaman para veteran dengan menyatakan:“𝐴𝑑𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑎𝑗𝑎𝑟 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢𝑖 𝑏𝑢𝑘𝑢 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑠𝑙𝑎𝑖𝑑, 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑓𝑎ℎ𝑎𝑚𝑖 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢𝑖 𝑐𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑙𝑎𝑑𝑎𝑛 ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝.” Majlis ini turut mencatat detik bersejarah dengan 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐠𝐨 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝟓𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐇𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 (𝐏𝐇𝐍) 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐼𝑛𝑡𝑒𝑟𝑛𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝐻𝑦𝑑𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑝ℎ𝑖𝑐 𝑂𝑟𝑔𝑎𝑛𝑖𝑧𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 (𝐈𝐇𝐎) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝟏𝟗𝟕𝟓 - 𝟐𝟎𝟐𝟓, melambangkan 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐚𝐛𝐚𝐝 𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢, 𝐤𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚. Legasi Dikenang, Kecemerlangan Diteruskan.

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 2

Mingguan 37

Bulanan 23

Keseluruhan 7698


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)