|

Malay English

MAJLIS SERAH TERIMA TUIGAS PENGARAH GEOSPATIAL (PG), PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN)

PULAU INDAH, 18 Jul 25- MAJLIS SERAH TERIMA TUIGAS PENGARAH GEOSPATIAL (PG), PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN). Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Geospatial di antara Kdr Ts. Gs. Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM dan Kdr Azrul Nezam bin Asri TLDM telah dilaksanakan di Auditorium PHN pada 18 Jul 25. Majlis telah disaksikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Kdr Ts. Gs. Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM akan mula bercuti dan seterusnya menamatkan perkhidmatan pada 7 Feb 26 setelah lebih 3 dekad menabur bakti dalam perkhidmatan TLDM. Fair Winds and Following Seas. Kdr Azrul Nezam bin Asri TLDM akan meneruskan legasi selaku Pengarah Geospatial dengan menerima Station Pointer sebagai simbolik penerimaan tanggungjawab.

 

 

COURTESY CALL

PULAU INDAH, 17 Jul 25 - COURTESY CALL on Director General of National Hydrographic Centre, Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan by Commanding Officer of INS SANDHAYAK (J18), Captain Nattuva Dheeraj. Welcome to National Hydrographic Center, Royal Malaysian Navy.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

PULAU INDAH, 02 Julai 2025 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 2 Jul 25. Seramai 12 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

SIMPOSIUM SEMPENA SAMBUTAN HARI HIDROGRAFI SEDUNIA 2025

Pulau Indah, 24 Jun 2025- SIMPOSIUM SEMPENA SAMBUTAN HARI HIDROGRAFI SEDUNIA 2025 BERJAYA DILAKSANAKAN DI PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL ( PHN ) PADA 24 JUN 25. Simposium ini telah berlangsung dan disambut meriah dengan kehadiran 83 wakil daripada 25 agensi yang berkait rapat dengan bidang hidrografi. Para peserta telah disajikan dengan pelbagai maklumat teknikal terkini yang selari dengan tema sambutan tahun ini, “Seabed Mapping: Enabling Ocean Action”.

Antara pengisian simposium termasuk pembentangan berkaitan:

- Pengurusan Spatial Marin dari Perspektif PLANMalaysia oleh Pn Sanisah binti Shafie, PLANMalaysia

- Seabed Mapping for Enhancing Maritime Development oleh Kapten Nazri bin Abu Hassan, JLM

- Modernization Using ArcGIS for Maritime oleh En. Firdaus bin Asri, ESRI Malaysia

- AI and Machine Learning to Enhance Seabed Mapping oleh En. Bugser Tok, FUGRO

Selain sesi Executive Talk dan pembentangan teknikal turut diadakan Pelancaran Portal Rasmi PHN yang baharu, pameran oleh tujuh pemain industri termasuk PHN sendiri serta lawatan ke kapal ukur hidrografi TLDM, KD PERANTAU.

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 2

Mingguan 37

Bulanan 23

Keseluruhan 7698


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)