|

Malay English

KUNJUNGAN HORMAT OLEH KOMANDER JURUTERA MEDAN BARAT (KJMB)

PULAU INDAH, 5 Feb 2025 - KUNJUNGAN HORMAT OLEH KOMANDER JURUTERA MEDAN BARAT (KJMB). Komander Jurutera Medan Barat (KJMB), Brigedier Jeneral Ts. Roshdan bin Ahmad menerima Kawalan Suku dan melaksanakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.

 

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH

PULAU INDAH , 23 Jan 2025 - MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) di antara Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM dan Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Mantan Pegawai Memerintah KDSAAS iaitu Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM akan bertukar keluar ke Markas Angkatan Tentera Malaysia dan Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM akan meneruskan legasi pemerintahan yang baharu selaku Pegawai Memerintah KDSAAS yang ke-9.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

KUALA LUMPUR, 6 Jan 2025 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT. Pegawai Kanan Hidrografi, Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar @ Ahmad Badaruddin TLDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Laksamana Pertama telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Laut, hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Hidrografi dan Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi. Warga Navy People dari National Hydrographic Centre mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

MAJLIS MERAIKAN AHLI WISMA INDAH YANG BERTUKAR KELUAR

PULAU INDAH, 3 JAN 2025 - MAJLIS MERAIKAN AHLI WISMA INDAH YANG BERTUKAR KELUAR. New Beginning 2025. Majlis meraikan ahli Wisma Indah yang bertukar keluar dengan rasa penghargaan atas jasa dan dedikasi mereka selama bertugas di PHN. Antara yang diraikan ialah Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar @ Ahmad Badaruddin TLDM, Kdr Ts. Gs. Mohd Khairunie bin Mohammed TLDM, Lt Kdr Mohammad Khairul Azhari bin Abdul Razab TLDM dan Lt Kdr Mohd Farhan bin Nordin TLDM. Keempat-empat pegawai akan mengikuti Kursus di PUSPAHANAS mulai 6 Jan 25. Turut diraikan Kdr Mohamad Sufian bin Othman TLDM yang telah bertukar keluar ke Majlis Keselamatan Negara mulai 15 Okt 2024. Majlis pagi ini dimeriahkan dengan sambutan hari lahir ahli Wisma Indah bagi bulan November, Disember 2024, dan Januari 2025, serta sesi karaoke santai. Selamat maju jaya juga diucapkan kepada pegawai yang akan berkursus dan bertukar keluar. Semoga kalian dapat meneruskan kecemerlangan di tempat baharu.

   

     

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 2

Mingguan 37

Bulanan 23

Keseluruhan 7698


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)